Tuesday 15 November 2011

BATU KERIKIL II

Mercun~!! Mercun~!! 
Hehehe..
Ini bukan mercun yang orang pasang time-time sambutan New Year k..

Inilah dia bahan letupan yang digunakan untuk memecahkan batuan igneus (klik).










Ringkasan proses blasting dapat dilihat dari gambar di bawah:-




1. Owhh..bukan bukan.. ini bukan pusat (hasil imaginasi seorang kawan S A Y A..hehehehe =..-)... Ini ialah Shaft.. Shaft sedalam 65 ft digerudi dengan menggunakan driller machine. Bahan letupan kemudiannya dimasukkan ke dalam shaft. Setiap shaft disambungkan dengan wayar berkod agar letupan berlaku secara berkala.
2. Chemical foam diisi penuh ke dalam shaft yang telah siap dimasukkan dengan bahan letupan. Bekalan Chemical foam diperoleh dari pihak ORICA (klik)
3. Lebihan chemical foam yang melimpah keluar menunjukkan shaft telah diisi sepenuhnya.
4. Chemical foam dibawa naik ke puncak kuari dengan menggunakan lori tangki khas.

Kemudian, apa lagi yang perlu dibuat???

Larila.. Huhuhu..
Kami diarahkan turun ke kaki kuari sebelum bro berbaju merah menekan button.. Gambar di atas kalau diamati betul-betul.. ada tong yang dibaringkan.. di situlah tempat persembunyian bro ni nanti...

WEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE
(Konon-konon bunyi siren)

Sedang kami berdebar-debar menanti letupan di kaki bukit....


KEBABOMMM...

Sebenarnya xde bunyi pun...hehehehe...kami cuma rasa gegaran selama lebih kurang 2-3 minit sahaja.. Lihatlah hasil dari letupan di atas.. batu-batuan telah dipecahkan...

Batu-batuan yang besar di pecahkan dengan jentera pemecah batu.....................

Lori-lori berlumba-lumba mengangkut batu-batuan yang telah diletupkan

Batuan di asingkan mengikut saiz..

Sekian pengalaman seharian S A Y A.. Harap input dan cerita merapu S A Y A ini dapat dikongsi bersama mereka-mereka yang tidak berkesempatan merasai sendiri pengalaman ini...

\(^_^)/
owhh~!! bergayanya S A Y A (ahaks)

2 comments:

  1. hek .ngek long.
    cute meyh blog :3
    balik aja ak .hek2 ^.~

    ReplyDelete